PROJEK DANA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA
 
Projek Dana Sekolah-Sekolah Agama adalah satu usaha murni untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Sekolah-Sekolah Agama. Antara sekolah-sekolah agama yang terlibat ialah :


Maahad Darul Quran Rusila


SRI Nurul Iman, Kampung Gajah, Perak


Madrasah Zubaidiyah Merbok, Sg Petani, Kedah


Darul Huffaz Pusat Bimbingan Ummah, Kampar, Perak

Saffron Integrated Marketing memulakan langkah berani menceburi bidang perniagaan untuk membantu mencari dana untuk sekolah-sekolah agama dengan bermula 1 produk dan sehingga kini telah memasarkan 17 produk dengan menggunakan jenama Tok Guru.

 
Projek Dana Sekolah-Sekolah Agama ini dengan izin Allah akan terus berkembang maju dengan beberapa perancangan untuk tahun 2010 antaranya :
  • Saffron Integrated Marketing akan melancarkan 10 produk baru yang berdaya saing di pasaran.
  • Mengadakan pelancaran projek dana sekolah agama peringkat negeri Kedah.
  • Pelancaran tabung dana RM500 ribu.
  • Membantu pelajar-pelajar aliran agama yang melanjutkan pelajaran di luar negara.
  • Membuka 2 buah rangkaian kedai berkonsepkan IMP(Islamic Manufacturing Practice) di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.
  • Pada 27 Disember 2009 yang lalu, satu majlis sambutan ulangtahun ke 10 Darul huffaz talah diadakan di Kampar sebagai meraikan warga Kem Tahfiz Darul Huffaz dan seterusnya pelancaran produk Tok Guru oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), SF Dato Syeikh Mohammad Nor Mansor Al Hafiz.

 
Mereka yang ingin menyumbang terus derma kepada sekolah-sekolah tersebut bolehlah memasukkan sumbangan terus ke nombor akaun seperti berikut :
 
1. Dana Maahad Darul Quran
130 170 1008 0345 BIMB
(Ustaz Wan Sukairi b Wan Abdullah 019-9894125)
 
2. Sek. Ren. Islam Nurul Iman
080 310 2015 2060 BIMB
(Ustaz Mustafa bin Shaari 013-4807686)
 
3. Pusat Bimbingan Ummah
5580 4280 0170 Maybank
(Ustaz Mahfuz Hj Amin 019-422 0428)
 
4. Yayasan Pengajian Islam Merbok
020 200 1000 2134 BIMB
(Ustaz Hanif Hj Ghazali 019-480 5683)
 
Sokongan dari semua pihak amatlah diperlukan untuk melihat projek dana sekolah-sekolah agama ini dapat membantu memajukan lagi sekolah-sekolah agama di seluruh negara. Insya Allah.