PENGESAHAN DARIPADA SAFFRON INTEGRATED MARKETING

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Sejak beberapa bulan yang lalu kami dapati terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan nama baik kami Saffron Integrated Marketing melalui laman-laman forum di internet dan penghantaran sms daripada individu yang tidak dikenali kepada rangkaian pengedaran stokis dan pengedar kami serta cakap-cakap yang disebarkan dari mulut ke mulut.

Kami bimbang sikap berdiam diri kami terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepada kami disalah ertikan seolah-olah kami membenarkan tohmahan dan fitnah tersebut.Walaubagaimanapun kesabaran kami ada batasnya, demi untuk mempertahankan maruah dan nama baik kami maka kami di sini ingin menjelaskan segala kekeliruan yang telah ditimbulkan.

Sebelum itu kami ingin mengingatkan diri kami dan anda semua kepada firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Hujurat ayat 6: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Janganlah kita mudah berburuk sangka kepada saudara Islam yang lain dan bersama-samalah kita membangunkan ekonomi umat Islam dan tidak menyimpan perasaan hasad dengki melihat kejayaan orang lain.Amalkanlah adab-adab Islam dan sifat sebagai ahli jemaah Islam serta bertanggungjawablah ketika membuat sebarang kenyataan.

Sebenarnya untuk makluman semua, Alhamdulillah sehingga Februari 2009 sebanyak RM120,000 telah diserahkan kepada Ustaz Nik Mohammad Abduh bin Dato' Haji Nik Abdul Aziz iaitu sepanjang tempoh beliau menjadi penaung yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan dana kepada sekolah-sekolah agama dan ini telah disahkan sendiri oleh beliau.

Untuk makluman semua, Projek Dana Sekolah-sekolah Agama tetap diteruskan seperti biasa walaupun tanpa Ustaz Nik Mohammad Abduh bin Dato Hj Nik Abdul Aziz dan Maahad Tahfiz Nikmatillah yang telah menarik diri secara rasmi pada 1 ogos 2009 yang lalu.

Projek Dana Sekolah-Sekolah Agama ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana Sekolah-sekolah Agama dan Tahfiz seluruh negara dan tidak terhad kepada Maahad Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka sebagaimana yang difahami ramai.

Demi meneruskan kelangsungan usaha murni ini maka Saffron Integrated Marketing mulai Ogos 2009 secara rasminya telah menyerahkan sendiri Sumbangan Dana kepada Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam projek Dana Sekolah-Sekolah Agama ini seperti mana yang telah tersiar di media cetak dan juga di website kami. Sila rujuk http://www.tokguru.net

Berikut adalah nama-nama sekolah yang telah menerima sumbangan dana dari Projek Dana Sekolah -Sekolah Agama bermula ogos 2009 dan sehingga ini hanya 5 buah sekolah agama yang dipilih berdasarkan Sekolah-sekolah ini (Ustaz-ustaz) turut terlibat secara langsung di dalam Projek Dana Sekolah-Sekolah Agama ini di antaranya sebagai Ketua Penulis Produk Kaedah Rawatan Pinggan Putih, Stokis Utama dan juga terlibat membacakan ayat-ayat Al-Quran dan doa untuk produk Tok guru seperti produk Pelembut hati , Salima, Kismis Tok guru dan lain-lain.

1) Pusat Tahfiz Az-Zahra Sungai Buloh
(U/P: Ustaz Mohd Edrus Ab Rahman , Naib Mudir 012-234 2452)

2) Maahad Darul Quran Rusila Marang Terengganu
(U/P: Ustaz Wan Sukairi Abdullah , Pengerusi Dana Maahad Darul Quran , 019-989 4125)

3) Madrasah Zubaidiyah Merbok Sungai Petani Kedah
(U/P: Ustaz Hanif Hj Ghazali , Mudir 019-480 5683 )

4) Akademi Darul Huffaz Darul Quran , Kampar Perak
(U/P: Tn Hj Ahmad Mahfuz b Hj Amin Al-Muqri', Pengetua 019-422 0428)

5) SRI Nurul Iman Kg Gajah, Perak
(U/P: Ustaz Mustafa b. Shaari, Mudir 013-480 7686)

Alhamdulillah sehingga hari ini Syarikat telah menunaikan amanahnya kepada sekolah-sekolah agama yang disenaraikan di atas. Khabar-khabar yang menyatakan bahawa Saffron Integrated Marketing telah menyelewengkan wang dana sekolah agama adalah tidak berasas sama sekali dan Syarikat dengan ini menafikan sekeras-kerasnya khabar tersebut.Begitu juga khabar-khabar yang menyatakan syarikat kami berpecah juga tidak benar dan khabar-khabar ini disebarkan semata-mata untuk menjatuhkan sebuah perniagaan yang diasaskan atas dasar kebajikan.

Pihak berkenaan dialu-alukan merujuk kepada sekolah-sekolah yang dinyatakan di atas dan/atau menghubungi mana-mana Ustaz-ustaz yang telah diamanahkan untuk menerima Wang dana tersebut untuk pengesahan.

Sekian terima kasih

PROJEK DANA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA

Yang benar
Huzairin bin Hussin
Pengurus Besar
Saffron Integrated Marketing