Kepada pengendali laman web Detikdaily.net
Kami dapati terdapatnya Penama SaffronIntegratedM di laman sesawang tuan di laman Detikdaily.Net Forum Index -> Sukan, Kesihatan, Hobi & Rekreasi di bawah tajuk : Pengumuman Khas bertarikh 29 Sep 2009
Penama SaffronIntegratedM bukanlah merujuk kepada Syarikat kami yang sebenarnya.
Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang telah tersiar di laman sesawang tuan seperti disenaraikan di bawah ini:-
1)SaffronIntegratedM Posted: Tue Sep 29, 2009 9:51 pm kami ingin menegaskan,khabar angin ini hanyalah bertujuan memburuk-burukkan nama kami.harap jelas.
2)SaffronIntegratedM Posted: Tue Sep 29, 2009 9:59 pm setakat ini kami mendapat arahan supaya tidak mengembar-gemburkan isu.namun jika masih berlarutan,kami akan fight di makhamah.
3)SaffronIntegratedM Posted: Tue Sep 29, 2009 10:12 pm kami hanya wakil jualan langsung.namun kami tahu keadaan sebenar.jadi nasihat kami,terus lah membeli produk Tok Guru.membangun bersama Islam.insyaAllah.
4)SaffronIntegratedM Posted: Tue Sep 29, 2009 10:14 pm kami tidak menipu identity,tapi mungkin hanya kesilapan teknikal saja.tiada niat utk mengemukakan identity palsu.namun kami mohon maaf.
5)SaffronIntegratedM Posted: Tue Sep 29, 2009 10:44 pm isu ini melibatkan kepentingan banyak pihak.jadi kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat.namun hubungan kami dgn tok2 guru masih lagi baik.
Pastikan pihak-pihak yang berkenaan merujuk kepada kenyataan rasmi kami yang kami siarkan di web rasmi kami www.tokguru.net
Sekiranya pihak –pihak yang tidak bertanggungjawab ini meneruskan cerita-cerita yang tidak benar mengenai kami , Saffron Integrated Marketing tidak akan bertolak ansur terhadap mereka ini dan akan merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
Yang benar
Huzairin Bin Hussin
Pengurus Besar
Saffron Integrated Marketing
No 49 Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13 , 40100 Shah Alam , Selangor
Tel : 03: 5518 8404 Faks : 03-5518 8407
019-240 4010 / 019-989 0010
|