| Pelopor e-dutainment B.Arab | Sambutan Luar Biasa | Dhuha-Keratan Akhbar |
|
| CD DHUHA CETAK ROMPAK DIRAMPAS DI KUALA LUMPUR |
Cd Dhuha Cetak Rompak dirampas Di Kuala Lumpur Kuala Lumpur 18 Ogos –Pegawai –pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi Wilayah Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis kedai di Kampung Baru Kuala Lumpur di sini pada Khamis dan merampas cd Dhuha cetak rompak. Ketua Pegawai Penguatkuasa Tuan Haji Mokhtar bin Yeop berkata berdasarkan maklumat orang ramai sepasukan pegawai penguatkuasa menyerbu premis kedai yang menjual buku dan cd pada 12.30 tengahari. Kes ini katanya disiasat mengikut seksyen 41(1) (d) Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan maksimum RM20,000 bagi setiap satu salinan lagu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Hukum Membeli dan Menjual Cd Atau Buku Cetak Rompak Dalam Islam Hari ini persoalan membeli dan menjual produk cetak rompak seolah-olah satu perkara. Kebanyakan daripada kita turut sama terlibat dalam menyokong industri cetak rompak ini tanpa kita mengetahui bahawa kita telah terlibat dalam sesuatu yang membawa dan menyokong dosa. Sebagai contoh peniaga-peniaga muslim menjual cd atau buku-buku agama cetak rompak dengan alasan produk yang asli lebih mahal sedangkan mereka boleh mendapatkan produk yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.Peniaga pula mendapat untung kerana permintaan untuk produk cetak rompak atau tiruan ini sentiasa ada. Memandangkan pembeli ataupun pengguna lebih cenderung untuk membeli produk cetak rompak ini maka industri cetak rompak ini terus mendapat sambutan.Lihat bagaimana penjual dan pembeli tanpa rasa bersalah telah melakukan kerja-kerja mencuri secara terang-terangan di pasar malam dan sebagainya menjual dan membeli hasil 'merompak' hasil titik peluh orang lain. Cetak rompak adalah menyalin semula hasil ciptaan atau karya orang lain tanpa meminta kebenaran dan juga tanpa membayar royalti kepada penulis atau pencipta berkenaan. Sheikh Yusof Qaradawi menyatakan bahawa Islam mengharamkan seorang muslim membeli sesuatu yang sudah diketahui bahwa barang tersebut adalah hasil rompakan dan curian atau sesuatu yang diambil dari orang lain dengan jalan yang tidak benar kerana dengan berbuat demikian samalah dengan membantu perompak, pencuri atau pelanggar hak melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wassalam bersabda: "Barangsiapa membeli barang curian, sedang dia mengetahui bahawa barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa " (Riwayat Baihaqi) Dr. Mahmoud `Akam, professor di Fakulti Perundangan dan Pendidikan di Halad mengatakan: Hak cipta adalah seperti duit, tiada siapa dibenarkan untuk mengambilnya melainkan melalui kontrak berteraskan syari’ah. Menurut pandangan Sheikh `Abd Al-`Azeez Ibn Baz adalah dilarang untuk membuat salinan sesuatu program jika pemiliknya tidak memberi kebenaran. Kesimpulannya, kesedaran masyarakat Islam amat diperlukan untuk mengatasi kebanjiran produk cetak rompak di pasaran . Pengguna yang sedar kepada dosa dan pahala tidak akan bersekongkol membeli barangan cetak rompak. Peniaga-peniaga pula hendaklah insaf dan sedar bahawa setiap rezeki haram yang disuapkan kepada anak-anak dan keluarga maka daging yang tumbuh dengan makanan yang haram akan dibakar oleh api neraka.
|