| Pelopor e-dutainment B.Arab|Dhuha Cetak Rompak | Dhuha-Keratan Akhbar |
![]() ![]() ![]() ![]() |
| ALBUM DHUHA DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA |
Lanun Cetak Rompak membuat untung cara mudah Kemunculan kumpulan Dhuha yang berkonsepkan lagu Bahasa Arab kini menjadi menjadi satu fenomena baru dalam industri hiburan tanah air. Berbekalkan lagu-lagu bahasa arab yang merdu dan mudah dinyanyikan, kini lagu-lagu kumpulan Dhuha menjadi siulan kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Hari ini dengan promosi yang meluas di semua media, kumpulan Dhuha semakin dikenali ramai. Susah payah menghasilkan album DHUHA - Jom Menyanyi Bahasa Arab Tidak semudah yang semua orang sangka, kerana untuk menyiapkan album yang mempunyai 14 lagu merdu ini memerlukan pengorbanan masa , wang dan tenaga. Kedua ibubapa yang merupakan penerbit dan pencipta lagu kumpulan Dhuha bertungkus lumus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti ini. Manakala team pemasaran pula melaburkan wang yang cukup banyak untuk memperkenalkan kumpulan Dhuha di pentas hiburan tanah air. Perangi Cetak Rompak Baru tiga bulan berada di pasaran, cd Dhuha telah dicetak rompak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Mereka mengaut keuntungan dengan jalan mudah tanpa menghiraukan susah payah kumpulan Dhuha untuk bertapak dalam industri ini. Kalaulah masyarakat menyokong dengan membeli cd cetak rompak ini , mungkin kita tidak dapat lagi melihat kemunculan kumpulan ini di masa akan datang. Sokongan masyarakat diperlukan Diharap masyarakat dapat membantu Dhuha dengan hanya membeli cd yang ‘original’ edaran Saffron Integrated Marketing. Pastikan yang ORIGINAL mempunyai hologram TOK GURU & KPDN.Kerjasama orang ramai sangat diharapkan untuk melaporkan kegiatan cd cetak rompak ini kepada pihak pengurusan supaya tindakan tegas dapat diambil.Saffron Integrated Marketing kini bekerjasama erat dengan KPDNHEP bahagian penguatkuasaan untuk merampas dan menangkap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.Semua aduan boleh dihantar terus ke talian 019-240 4010.
|