| Sambutan Luar Biasa | Dhuha Cetak Rompak | Dhuha-Keratan Akhbar |
![]() ![]() |
| DHUHA-PELOPOR 'EDUTAINMENT' BAHASA ARAB |
Dhuha merupakan sebuah kumpulan nasyid Bahasa Arab yang sedang meningkat naik dipersada seni tanah air. DHUHA merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan sejak awal 2010 dan dianggotai oleh 7 adik-beradik iaitu Nusaiybah(16), Nasihah(14), Rumman(12), Zaidan(10), Ajwah(8), Hamied Kishk(5) dan Safitunnaja(3). Album pertama Dhuha-Jom Menyanyi Bahasa Arab tampil dengan konsep berbentuk pendidikan - edutainment (belajar sambil berhibur) dan sesuai bagi pelajar-pelajar serta guru-guru mengikut sukatan j-QAF [Jawi, Quran, Arab & Fardhu Ain]. Album ini adalah cetusan idea bersama pasangan Puan Aidahaniza Abdul Wahab dan suaminya Ustaz Shazly Abdullah - penerbit dan pengurus DHUHA. "Pada awalnya, saya mempelajari Bahasa Arab untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pensyarah berbangsa Arab dan kemudian saya menawarkan tuisyen Bahasa Arab mengikut sukatan j-QAF untuk kanak-kanak berlatih berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Sewaktu mengajar, saya menggunakan teknik lagu dalam pengajaran bahasa." demikian ujar Puan Aidahaniza yang merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris disalah sebuah IPTS. Menurut Puan Aidahaniza, album DHUHA-"Jom Menyanyi Bahasa Arab" ini memuatkan lagu-lagu yang mudah dan senang dihafal pelajar. Antaranya, Di Rumah kami, Selamat Hari Jadi, Kebersihan Sebahagian Daripada Iman dan Ke Zoo. "Kebanyakan lagu-lagunya memang mudah. Lagu Selamat Hari jadi misalnya, liriknya sama seperti yang biasa kita nyanyikan dalam Bahasa Melayu, cuma ia dijadikan dalam Bahasa Arab." katanya. Konsep album DHUHA adalah ceria, nyaman dan santai. Oleh itu, nama DHUHA yang bermaksud waktu diantara pagi hingga tengah hari, pagi yang ceria dan nyaman serta murah rezeki dipilih sebagai nama kumpulan. Nama DHUHA itu sendiri menepati konsep album yang menampilkan 14 buah lagu berentak ceria dan santai. Di samping itu, album ini diharap dapat memotivasikan para pelajar untuk suka dan seronok belajar Bahasa Arab serta mengikis tanggapan umum bahawa belajar Bahasa Arab itu sukar dan tidak menyeronokkan. Selain itu, album ini boleh dijadikan alat bantuan mengajar untuk guru-guru di sekolah kerana murid-murid lebih tertarik untuk belajar jika disertakan dengan alunan lagu dan irama. Lagu-lagu yang terkandung dalam album DHUHA adalah hasil nukilan bersama Ustaz Shazly & Pn Aidahaniza. Tajuk-tajuk lagu yang terdapat dalam album ini ialah Alu-aluan, Kebersihan Separuh Daripada Iman, Di Rumah Kami, Wahai Pendidik, Bulan-bulan Hijriah & Masihi, Hari Jadi, Ke Zoo serta terdapat 7 buah lagu yang telah sedia ada tetapi diberi nafas baru (Remastering vesi DHUHA) iaitu Keluarga, Hari-hari, Tubuh Badan Saya, Alatan Belajar, Warna-warna 1, Warna-warna 2 dan Mari Belajar Bahasa Arab. Sehubungan itu, menurut Ustaz Shazly selaku Penerbit Bersama DHUHA, cadangan untuk menerbit album kedua DHUHA, Insyaallah akan terlaksana sekiranya album pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Album DHUHA ini merupakan album pertama kerjasama Nile Production dan Saffron Integrated Marketing yang dilantik sebagai pengedar utama. Menurut pengurus pemasaran Saffron Integrated Marketing, Ahmad bin Muhammad, promosi besar-besaran bermula Mei 2011 menerusi kemunculan sulung kumpulan DHUHA pada 2 Jun 2011 dalam siaran langsung program Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan di radio IKIM FM. Pada hari yang sama, kumpulan DHUHA ditemubual di radio IKIM FM bersama deejay NorHayati Paradi. Katanya lagi " Album ini sesuai untuk pelajar-pelajar dan guru-guru mengikut sukatan j-QAF. Selain itu, lagu-lagu ini boleh dipraktikkan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun sebagai bantuan dalam proses pembelajaran Bahasa Arab". "Album Dhuha merupakan pertama edaran Saffron Integrated Marketing. Harga sekeping CD DHUHA ialah RM20(Semenanjung Malaysia) dan RM24 (Sabah/Sarawak) tidak termasuk caj pos". "Saya amat mengharapkan seramai mungkin pengedar diseluruh Malaysia dan peluang mengedarkan CD DHUHA ini, eksklusif hanya untuk pengedar dan stokis Tok Guru. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan album DHUHA, sila kunjungi Ibu Pejabat Saffron Integrated Marketing di Seksyen 13 Shah Alam dan rangkaian pengedaran produk Tok guru - cawangan, stokis dan pengedar yang berhampiran" ujar En.Ahmad Muhammad. "Dan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar, modal serendah RM350 (Semenanjung Malaysia) & RM420 (Sabah/Sarawak) sahaja untuk 25 keping CD. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan kumpulan DHUHA boleh melayari laman web TOK GURU di www.tokguru.net atau sertai rakan facebook DHUHA di www.facebook.com/Dhuha2u" tambahnya lagi. Menurutnya lagi, CD DHUHA boleh ditempah secara on-line dengan menghantar nama, alamat dan no.telefon ke info@tokguru.net atau SMS ke 019-240 4010. Sokongan pelbagai pihak amat dihargai dalam usaha untuk mendidik generasi muda khususnya kanak-kanak untuk memahami, mempelajari dan seterusnya menguasai Bahasa Arab.
|